Pages

My sweet Surrender

Thursday, October 17, 2013

Aku dan si Hyperemesis Gravidarum @HG…


Memang tak boleh nak bayangkan…
Bertapa si HG ni betul-betul buat hidup aku ni sengsara sangat-sangat
tiada saat yang aku rasa happy sejak HG ni datang

Celik je mata memang si HG ni yang aku ingat
dan aku caution sangat-sangat.
Aku sampai pada tahap yang aku terlupa yang aku tengah preggy
sebab melayan si HG ni setiap masa.

Apapun makanan tak boleh lalu kat tekak aku ni
memang tak boleh masuk…

Betullah kata orang, time mengandung, kita akan tend to eat something
yang dulunya kita tak makan.

Aku tak berapa gemar sangat minum air laici
tapi masa ni, aku selalu minum air laici twister yang By selalu beli…



Aku tak berapa makan sangat roti chocolate yang gardenia ni…
may be sebab aku kureng sikit coklat2 ni,
tapi time preggy, ini lah yang aku rasa boleh makan and telan



Aku start di lawati oleh si HG ni masa aku masuk minggu ke-8.
Betul-betul after aku kena ‘bleeding’ after minggu ke-7 preggy.
Depends pada individu, ada yang seawal minggu ke-6 preggy pun dia dah rasa
Aku ada sorang kawan yang mengalaminya seawal minggu ke-6 ni.

Awal-awalnya memang tak teruk sangat,
Cuma ada makanan-makanan tertentu je yang bila makan rasa loya
then after that, ianya terjadi sampai every food pun tak boleh nak makan
muntah sesaje… ni aku punya pengalaman sendirilah

Aku Cuma boleh makan ikan goring dengan nasi kosong je.
kadang-kadang aku tukar ayam goring
tapi tak tahan lama, lepas tu bueekkkk… balik…
tak sampai sejam pun…

Aku risau sangat sebab aku tak dapat nak minum susu…
ni kalau minum lagi dahsyat perasaan loya tu
sampai harini aku rasa trauma
aku memang risau sebab OBIMIN (vit awal mengandung) pun
memang lansung tak boleh masuk

Obimin ni hanyir sikit, may be sebab zinc dalam obimin ni buat rasa hanyir darah
aku bimbang baby tak dapat khasiat
tapi awal-awal tu aku memang amik asid folic secara berasingan



Berpuluh trip aku buat ke klinik
sampai pada satu tahap, aku dah tak tahan sangat,
aku buat diagnosis T4/TSH sebab takut ada gangguan hormone lain.

Menurut penerangan doctor,
Si HG ni jadi sebab badan aku tidak dapat membiasakan diri dengan
hormone yang di keluarkan baby dalam womb.
memang ini adalah fenomena biasa untuk sesetengah preggy woman.

Mak and ibu aku, dua-dua tak ada symptom alergik macam si HG ni
tapi aku antara yang memang terpilih untuk merasainya

Normally, kalau muntah kuning yang keluar pagi-pagi tu adalah muntah angin
aku muntah angin pun ada, lepas tu muntah makanan memang selalulah

Hubby aku memang stress tahap tension…
seriously, dia sama terkena impak tu sampai aku boleh rasa
dia rasa tension tengok aku muntah-muntah setiap masa
ada satu masa dia kata,

“sorang pun tak apa, By tak sanggup tengok ayang macam ni…”

Aku punya symptom ni berakhir setelah aku masuk minggu ke-20
Ni boleh dikatakan completely heal gitu…
memang sebelum masuk munggu ke-20 ni, dia ada tunjuk tanda-tanda
menyurut… tapi still ada

Si HG ni akan makin bertambah teruk bile seseorang tu ada sejarah penyakit gastric
Aku memang ada gastric tapi aku jarang kena serangan
sebab aku makan on time and aku jaga makan aku
Bukan nak berlagak o what, tapi Alhamdulillah
masa sebelum preggy aku tak de masalah dengan puasa Ramadhan (melainkan uzur je la)

Doctor yang diagnos aku tu banyak bagi tips and nasihat
dia tak kasi aku makan nasi lemak, benda-benda bersantan and also cili
makanan macam ni ada tendency menghasilkan gas
yang membuatkan aku cepat rasa loya dan mual
then seterusnya muntah belela la jawabnya







After baik tu,
Aku dah mula try balik makan makanan yang aku suka makan
sedikit demi sedikit, Alhamdulillah...
memang no problem semula
happy sangat, aku belasah macam-macam makanan
 

~Zamiy Hisana~

The Marks!




For sure semua orang pun ada tanda-tanda yang mereka alami pada awal
mereka tahu mereka mengandung…

Honestly, untuk orang yang Menstrual period Cycle – nya yang tak berapa
teratur macam aku ni, memang susah sikit nak detect



Before this, I mean before kahwin ni,
aku memang tak ambil pusing sangat pasal kitar haid aku
memang aku Cuma fikir
datang lambat or cepat ke, biarlah ikut suka dia

Tapi lepas kahwin, memang aku particular sangat
bout this, sampai aku buat satu schedule period aku sendiri
aku tengok contoh sorang blogger ni yang buat macam tu

 Okie, tak apa, next time aku cerita pasal jadual period ni

Aku ingat lagi tarikh tu, memang jadi sejarah…
Pada 23rd February 2013 tu, aku punya company ada Annual Dinner
balik dari Annual Dinner tu, aku rush ke Subang
Aku hantar family aku balik sebab kereta adik aku rosak

Esok paginya tu, 24th February 2013 tu, aku bersiap nak balik
Bcoz nak pergi ambil BR1M kat tasik permaisuri… (tempat yang aku tak berapa nak pergi… sebab ada sejarah tak best dalam hidup aku kat sini…)

Masa nak mandi tu aku dah nampak a few drop brownish red spot
atas pantyliner…
aku not expecting much because aku punya period dah nak due pun
mengikut perkiraan aku, itu adalah hari yang ke-32.
Bagi aku memang normal, around 30-34days macam tu, not fix.

Aku pun siaplah pakai pad semua…
Lepas amik BR1M tu, sempat lagi aku gi tengok Movie dengan By,
‘Beautiful Creature’ sebab By tahu aku tengah in foul mood lepas
balik dari taman tasik tu
Dia saje nak bagi aku happy


Aku balik rumah semua dah malam, tapi still pad bersih.
Esok pagi tu, atas pad ada lagi brownish reddish spot ni,
tapi kuantiti ada banyak sikitlah dari yang semalam.
sikit je pun lebihnya…

Aku da start rasa pelik sikit..
Honestly cakap, memang ada aku expect preggy punya spotting
Tapi, aku tak buat urine test sendiri lagi, biar je dulu.
Simpan dalam kepala je dulu, off pergi kerja macam biasa

3 hari lepas tu, on 28th February 2013, hari terakhir February tahun ni,
aku buat UPT (Urine Pregnancy Test) kat rumah
sebab period aku tak turun-turun
aku expect and aku takut juga kalau-kalau ada problem ke kan
Alhamdulillah…
It’s positive…

Aku beritahu Hubby aku yang tengah tidur lagi tu…
Hmmmm… happy tersangat masa tu…

Actually before this, ada je masa period cycle aku terlajak sampai 5 hari
aku check UPT pagi dapat negative, petang tu turun period…
Tu yang aku actually tak berapa nak buat UPT tu
Kita boleh kira bila kita subur semua,
tapi tu la, untuk orang yang Menstrual Period Cycle tak berapa
fix ni, memang susah sikitlah nak detect.

Pape pun, semuanya takdir dan kuasa Allah…
Dia dah aturkan semuanya
Aku bersyukur…

Untuk sesiapa yang try to conceive,
jangan patah semangat!
ada sorang office mate aku ni, da 3 tahun kahwin, dua tahun mencuba
tapi tulah, belum berhasil…
aku nak suh dia solat sume pun tak boleh juga,
sebab dia bukan islam pun…

Dia lagilah, berhabis duit bagai nak buat rawatan
macam-macam cara dia cuba
kalau ikut apa yang dia sendiri cerita
dia ok, Cuma husband dia je problem sikit

Ada banyak tips and cara amalan untuk
kita sebagai umat Islam untuk try conceive
Solat dan berdoa banyak-banyak…

Untuk yang dah agak-agak macam preggy tu,
cepat buat UPT, bukan apa
kalau dah tahu preggy, boleh jaga makan elok-elok
boleh je beli UPT strip ni kat farmasi



Lepas aku tahu aku preggy, aku terus amik asid folic


Aku da minum susu ni sebulan sebelum aku preggy lagi…
Memang awal-awal aku dah prepare…



So… pape pun, all the best kat luar sana!
doakan aku pun yang the best! Haha!

~Zamiy Hisana~

Anugerah Allah Yang Tak Terhingga…




Alhamdulillah…

Aku sekarang dalam masa-masa mengira hari untuk bertemu orang baru…
Baru tak baru, dah 9 bulan dia bersama-sama dengan aku and papa dia.
Walaupun dia belum lagi dapat kami peluk cium,
tapi dia dah ada, dengar dan memberi respon pada aku and by.

By happy walaupun pada awal masa dia hadir, kami honestly tak berapa ready…
Alhamdulillah, akhirnya lama-lama kami tak sabar nak tunggu dia…
Setiap hari aku akan cuba beri yang terbaik untuk dia,
walaupun aku jarang nak berbual dengan dia, tapi aku selalu bayangkan dia…

By hari-hari bagi dia dengar ayat-ayat quran masa tidur waktu malam…
Memang aku akui, tidur semasa mendengar ayat-ayat quran adalah
perkara yang paling menenangkan…
Setiap hari by akan berbual dengan dia…

First time masa dia respon,
By memang excited sangat-sangat…
Even sekarang pun, kalau dia tendang ke dia gerak-gerak ke,
By memang suka tengok and happy sangat dia, lebih excited dari aku.

Kami dah intai dia, banyak kali…
tengok muka dia, tengok kaki dia and tangan dia..
Masa tengok dia tu, dia da start hisap jari dia,
dia malu kitaorang asyik nak duk tengok muka dia,
dia tutup muka dia then menyorok kat celah-celah ‘kembar’ dia tu.
kitaorang intai dia sampai dia letih, dia menguap lagi!

Memang excited sangat perasaan masa tu…
By ketagih asyik nak intai dia and nak tengok dia tengah buat apa…
By call mak, bercerita pasal dia.
Aku pun ada call ibu, bercerita pasal dia.

Raya haritu, cerita raya kami memang di penuhi tentang dia.
Walaupun dia belum lagi berpijak di bumi ni,
tapi ramai orang dah tak sabar nak tunggu kehadirannya.
 
Serius aku cakap, masa awal-awal dia mula hadir, hidup aku sengsara sangat…
aku kehilangan berat badan mendadak, sebab badan aku tak boleh nak biasakan
diri dengan kehadirannya.
aku muntah and tak boleh nak makan apa-apa makanan pun melainkan
nasi putih je
air putih pun tak boleh nak masuk kat tekak.

Memang azab sangat rasa…
prestasi kerja pun memang menurun, sampai bos aku ada suruh aku
bercuti rehat.

Setiap hari aku asyik nak berperang dengan perasaan muntah tu..
atau nama lainnya ‘hyperemesis gravidarum’
semua klinik dah aku pergi, diagnosis kat klinik kerajaan memang sudah…
By pun sama stress bila tengok keadaan aku macam tu…
memang tak ada solution sampailah dah 5 bulan kemudian baru beransur hilang…

Pengalaman memang tak boleh nak cerita,
terlalu banyak sepanjang 9 bulan ni…

bayangkan memang kami tak bersedia dari segi mental and fizikal…
kewangan memang masih belumlah kan, sebab aku and by pun masa tu baru
3 bulan gitu berumah tangga…
rumah sewa pun masih belum proper lagi
memang tengah nak rancang honeymoon and dating je waktu-waktu macam tu
Kalau aku ada masa, nanti aku elaborate and share pengalaman tu dengan semua
dari aspek persedian rohani and jasmani.. InsyaAllah…

Bayangkan rumah sewa aku tingkat 4, aku bersabar naik tangga sampai dia dah berusia 9 bulan.
aku bawa dia sekali dengan berat badan aku lagi yang memang naik mendadak
lepas selera makan aku kembali.

Tapi apapun, Allah dah takdirkan dan tentukan yang terbaik
untuk semua hambaNya
Semuanya dah dapat kami tangani sedikit demi sedikit
dan semuanya Alhamdulillah now…
tunggu masa and doakan yang terbaik untuk dia datang…




~Zamiy Hisana~

Tuesday, July 9, 2013

My Perception...



Hmmm… aku terkejut sangat…
Ni pasal adik ipar lelaki aku yang second tu…
Diam2, dia simpan rahsia sorang-sorang je…
Tapi tak de lah pelik pun sebenarnya sebab memang dia tu pendiam dan perahsia…
aku sampai harini pun tak pernah lagi berbual dengan dia, sekali je kot kat hp, tu pun dia gi amik hp mak mertua aku, aku nak cakap dengan mak mertua aku masa tu…

Walaupun kadang-kadang makan sama-sama sekeluarga bila mak mertua aku datang, kami still tak pernah bertegur sapa…
mungkin sebab segan sesame sendiri…
even kitaorang dah lama dah juga tinggal serumah ni…
tapi adik by yang third tu aku okey je so far, boleh je berbual kalau aku tinggal berdua je dengan dia…
dia pemalu tapi dia peramah… hmmm… macam mana tu…

Apapun, entry ni aku nak describe adik ipar lelaki aku yang second tu,
dia memang pendiam yang amat sangat..
even dengan mak dia sendiri pun dia jarang nak bercerita sangat pun..
memang aku gelar dia ‘lelaki misteri identiti’
dia tak pamerkan apa-apa perasaan pun, senyap je, tak tahu dia suka ke or dia tak suka ke, dia tak selesa ke atau apa je la… tapi yang paling aku Nampak kat dia, dia ni tak tunjuk minat kat perempuan.

 
dia dengan dunia dia je..
dia nak beli makan kat kedai makan pun malu, dia sampai sanggup masak sendiri kat rumah walaupun dia kerja dari kul 7.00pagi sampai 11.00malam… tak kisahkan penat pun…
Tapi…
hujung minggu lepas yang lalu telah mengelirukan aku dengan apa yang aku lihat…
Jeng jeng jeng…
 
aku jenjalan dengan hubby aku kat JUSCO sebab nak tengok wayang, then…
waktu aku dari rooftop parking nak turun ke cinema,
hubby aku tunjuk-tunjuk kat aku,
“tengok tu, tengok tu… dating…” aku tercari-cari,
and memang adik ipar aku tu captured terus mata aku samapi aku tak sempat nak tengok ‘seorang gadis bertudung biru’ berjalan sambil mesra lagi dengan dia..
Huhhh!!! Terkejut besar aku, bukan aku rasa pelik sangat Cuma, dia Nampak happy ketawa…


Hmmm… betullah cakap By, “Perempuan memang kelemahan lelaki… dan keajaban yang muncul dalam hidup lelaki…” kalau dulu by selalu cakap kat aku, aku malas nak layan, sebab aku Cuma fikir By nak amik hati aku je..
Tapi bila aku tengok adik dia macam tu, may be betulla kot, lelaki kalau dilamun cinta, akan berubah 100%...



Well at least…
aku tak delah lagi salah anggap bila dia peluk2 dengan Cumau… (Ergh… sorang lagi sepupu dia yang lain…)
Family hubby aku memang banyak lelaki.. adik beradik hubby aku tak ramai..
3 org je pun, tapi semua lelakilah..
Pak cik dia pun anak 3 orang je, pun semua lelaki…
So, memang banyak lelaki je lah…

Mak mertua aku cakap dengan aku,
aku beruntung sebab tak ada adik ipar perempuan sebab semua anak-anak dia lelaki..
Tapi betul juga mak mertua @ mak aku tu cakap..
kalau by ada adik perempuan memang susah sikitlah..
aku dah lah jenis yang ada masa-masa aku tak nak bercakap dengan orang.
kalau adik ipar lelaki, lantakkan dial ah nak buat apa, tak payah nak bertegur sapa sangat..
kalau perempuan kang… hmmmm… susah sikitlah kot…
ada pro and cons nya, Cuma aku prefer tak ada.
~Zamiy Hisana~
credit to google for pictures... heeeee

Friday, May 10, 2013

Powers of the hands...

Ada banyak benda boleh diceritakan berkenaan ini..
Well... kali ni aku nk cerita pasal topik yang aku baru share dengan hubby aku..
Actually da lama aku dengar 'cerita' ini menjadi sebutan dan telah pun di ketahui umum...
Cuma, baru2 ni je aku and hubby dapat berbual panjang...
Susah nak dapat peluang macam ni, memandangkan waktu kerja yang berlainan...

Lately aku banyak habiskan masa dengan bercuti...
Cuti kenapa tu, biar aku je la simpan dulu..
Nanti agak2 aku da ok, aku ceritalah kenapa...

Balik kat topik ni, aku sungguh sangat tertarik dengan isu ni...
Sangat logik...
Kuasa tangan...

Ok.. let say lah korang nak melintas jalan kat tempat yang sangat sibuk and kebnyakkannya kenderaan yang lalu pun laju sangat2...
Kalau korang main lintas je, memang cari penyakit...
Tapi cuba korang nak lintas tu korang angkat tangan...
Ni betul punya... kereta yang laju pun boleh berhenti sebabkan korang angkat tangan tu...
Tapi, agak2 la yer.. jangan jadi macam bangla, melintas highway macam ayam...
Ni aku selalu terkena..
Korang jangan melintas highway sambil angkat tangan lak, highway besenya ada jejantas dan kenalah ikut jejantas, keta yang berada atas highway paling low pun 80km/h, mana mau dia nk berhenti kan...



Next thing, khas buat mereka yang menaiki motor...
Kalau2 nak tukar lane masuk simpang or mana2 la, cuba angkat tangan n kepak2 sikit tangan anda tu... InsyaAllah... besenya pengguna jalan raya akan jadi sangat prihatin dan mengutamakan anda...
Beselah, manusia zaman sekarang ni ego.. lagi2 bila atas jalan raya... susah nak jumpa yang boleh tolak ansur...
Paling teruk sekali time nak masuk kul 8pagi and time kul 5 petang... sepanjang jalan menyumpah saja... Nauzubillah..







Selain tu, sebenanya kita boleh guna tangan ni untuk menjalinkan ukhuwah...
Hehe... bnyak ukhuwah boleh terjalin ni...

yang ni pun boleh juga yek...









And yang paling utama sekali, sebagai umat Islam, kuasa tangan...
Adalah berdoa...
Angkat dua2 tangan, iaitu tadah tangan...
Mintalah pada Allah.. jangan minta selain dari Dia..



Kita kena faham konteks mintalah hanya pada Allah ni...
Contohnya, kalau kita tak faham macam mana nak belajar sesuatu,
Minta pada Allah dulu, untuk permudahkan dan bukakan minda kita, kemudian tu baru kita ikhtiar cari cikgu ke or tanya dengan orang...
 Manusia ni selalu macam tu...
Kalau susah kang minta kat tok bomoh bagi dapat duit banyaklah, n ntah pape lagi lah...
Mintalah dekat Allah, doa banyak2...



Hmmm...  malas nk buat entry panjang sangat...
(Ni pun dah boleh tahan panjang da... haha... )
So... Hmmm.. ada banyak benda boleh buat dengan tittle ni... Heeeee...

~Zamiy Hisana~