Pages

My sweet Surrender

Monday, October 31, 2011

Korban Dia pada Raya Korban ni...

Dia...
Sangat biasa...
Sangat pemalu dengan orang yang baru dia kenal...
Sangat suka dengan perempuan yang pakai selipar...
Sangat suka dengan perempuan yang berterus-terang...
Sangat suka memasak untuk orang yang dia sayang...

Sape lagi...
Dia kali ini mestilah dia yang aku sayang...
Selain keluarga aku, kawan-kawan rapat, dia adalah antara orang yang aku sayang juga...

Raya korban nak dekat dah...
Nak tak nak, persiapan raya sikit-sikit mestilah ada kan...

Aku tiap-tiap hari jumpa dia sebelum ni...
Sejak harini... sampai 2 bulan nanti... mungkin aku tak dapat nak jumpa dia lansung...
Dia kata, "Terpaksalah By berkorban..."
Bukan apa... nak kahwin cepatlah katakan...
Dia baru nak try amik satu lagi kerja part-time.
Sekarang jer dia dah buat 3 kerja...

Dia tak cukup rehat...
Dia tak cukup tidur...
Dia makan pun tak menentu...

Apa nak buat...
Mak dan ayah aku bukannya faham...
Tahu nak minta hantaran melambung-lambung...
Nak berlumba-lumba dengan orang lain...
Bukan apa, dia dengar kawan baik aku nak kahwin hantaran macam tu...
dia pun sama lah, tak nak kalah...

Bak kata sepupu aku,
"Tak pe... mak tak terbuka lagi fikiran dia... sabar yer..."

Aku tak marah mak aku pun...
cuma...
Terkilan jer...

Paro pun ada cakap...
"Tak payah mahal-mahal... menyusahkan aja..."
Yelah...
"Perempuan yang baik dengan mahar perkahwinan yang rendah... adalah lebih baik..."
Ni bukan fakta aku reka-reka sendiri...
Ni aku pernah dengar banyak ustaz cakap...

Aku ikhlas... (InsyaAllah...)
Tak pandang duit... aku pandang hati dia...
Dia baik...
Tak kiralah...
Walaupun jarak perbezaan pelajaran antara aku dengan dia 3 level....
Aku tak pasti...
Kalau lepas ni, kalau bukan dengan dia...
Mungkin ke aku akan jumpa dengan lelaki macam dia lagi?

Sedangkan ex-tunang dia... (yang aku paling benci tu...) tengah menggila mencari dia saat ini...
Keluarga ex-tunang dia nak sangat dia jadi menantu...
Tapi nak buat macam mana...
Dia pun ada kekurangan...

Kekurangan dia...
Dia tak akan berpatah balik bila dah buat keputusan nekad...
Dia kalau suka seseorang, yang sorang tu je sampai nak separuh mati suka... bila habis, biar sakit pun macam nak mati...
Entahlah...

Ada je banyak kali, kami berantakkan...
Tiap-tiap hari kot...
Mungkin sebab level pendidikan tak sama, jadi cara pemikiran pun berbezalah
juga kan...

Tapi... dia memang akan mengalah...
Tak kiralah... kalau dia salah pun...
Dia rajin minta maaf...
Tapi lepas tu...
Dia akan mengomel...
"Macam layan budak 5 tahun..."
Memula dulu, aku pun tension dengar komen sinis macam tu...
Tapi...
Lama-lama... aku rasa sweet...
dia pun lama-lama cakap...
"Tak pe... suka je layan..."

Dia rajin meluahkan isi hati dia, perasaan dia...
Tiap-tiap hari... dia akan cakap...
"By sayang ayang... By cinta ayang..."
Walaupun pada awal-awal dulu, aku rasa sangat GROSS benda tu..
Tapi lama-lama... benda tu buat aku rasa dia sangat penyayang...
Dia boleh dikatakan lelaki yang mempunyai ego tahap terlalu minima...

Tapi ego sebagai lelaki tu memang ada...
Cuma dia bukan ego yang nak menang je...
Atau bila dah salah tak mengaku salah ke...



Kesian dia...
Tak dapatlah nak main PS 2 lagi...
Dah tambah kerja satu lagi...
Dia lelaki yang sangat aku mahu untuk jadikan suami...
Sangat suka...
Haha... (Euww.... nampaknya aku transform jadi orang lain dah ni...)

Walaupun aku jarang cakap... (boleh dikatakan hampir tak pernah cakap...)
Yang aku sayang dan cinta kat dia...
Tapi jauh dalam sudut hati aku ni...
Aku sangat sayang dia...
Aku sangat cinta dia... (Oh My God! Apa yang aku buat ni!)
(Kalau dia baca blog aku ni... mesti dia pegsan tak caya... pada member-member aku yang mengenali diri ini, sila ignore atau... tolong jangan baca entry ini...)

3 November 2011... Genap setahun kami berpacaran... (Ergh....)
Ingatkan sabtu ni... dapatlah jumpa dia...
Tapi dia kata dia tak dapat jumpa... selama 2 bulan sejak dari esok....
So... nampaknya.... kami tak akan meraikan hari bersejarah tu...


~Credited to Israpreneur
Dia sweet sebab dia tak pernah lupa tarikh pertama kali kami bertemu...
Pertama kali kami mula ada hubungan istimewa...
Pertama kali... kami tekad mahu mendirikan Masjid...
(Aku sendiri lupa kadang-kadang...)

Tiap-tiap bulan pun dia akan wish happy ulang tahun... contohnya yang ke 11 bulan, pada 3 october aritu, dan juga pada bulan-bulan sebelumnya...
Sweet...
Kalau dia ada duit lebey...
Dia belanja makan Chocolate Indulgence yang sangat Yummy! made of Secret Recipe...


Apapun...
Aku ada gak prepare hadiah istimewa kat dia..
Ingat nak bagi by-hand sabtu ni...
tapi macam kena pos je ni...
Tak siap lagi pun...




Tapi ni lah... ghupenya nanti... hehe...
Hasil tangan aku ni...  (Beselah.... aku memang minat buat-buat kad gini...)
Tak pelah...
Dia selalu tanya aku... samada aku sayang dia ke tak...
Aku mestilah jawab...
"Tak..."
Dia selalu buat muka sedey dan merajuk dia...
Tapi 2-3 minit pastu... dia ketawa dan senyum cakap,
"Tak pelah... Ayang tak sayang by pun tak pe... asalkan By sayang ayang.."

Dia... lelaki yang aku mahu jadikan suami tika dan saat ini...

Terima kasih By... For Everything... For Being the Best in My Life... Alhamdulillah...


~Zamiy Hisana~

Aku nak menulis semula ke??? Really????

Heeee......
Lama aku menyepi dari dunia pemblogkan ni...
Tak pastilah kalau-kalau aku ada follower yang menantikan setiap entry aku...
Apapun...
Terima kasih pada sesiapa yang pernah cross-over blog aku dan memuji skill penulisan aku selama ni...



Walaupun kauorang semua puji aku dalam hati, dan aku tak boleh dengar, tapi tak pe...
Aku faham... yang penting korang semua ikhlas! (Euwww~ apa yang aku merepek ni...)
Pada yang tak menggemari skill penulisan aku selama ini...
Terima kasih gak...



Sebab... korang memang super ikhlas! (Haha!)

Aku busy sket awal bilan macam ni...
Maklumlah... aku bersara lama...
Lepas grade aritu, aku buat keje tah pape...
Aku dah sedar kot...

Aku tengah melilau nak cari kerja...


~credited to vishnukamisetty
Aku tengah sakan nak kumpul duit (Dah gatal nak kahwin...)


~credited to theloveofzuffy

Aku tengah kemaruk nak lepak-lepak dengan member2 aku... (Paro... Eiki... mizz u like GILA)


~credited to chicklog
Well...
Hari ni...
Aku balik rumah parents aku... (Mahligai subang... rumahku syugaku... istana no !*& (perlu di rahsiakan!) yang terletak di sebuah bandaraya...)
Boleh di katakan aku akan menetap kat situ lama sikit kali ni...
Aku nak cari kilang makanan dekat dengan area rumah... (sebab aku Food technician)

Aku grade dekat setahun dah... takat ni baru 2 kilang jer aku masuk, keje tak sampai 2 bulan pun...
Nak buat macam mana, biasalah... aku pun terkategori dalam golongan manusia yang sukar menyesuaikan diri... barangkali...

Aku berdoa untuk diri sendiri semoga kali ni, aku dapat kerja cepat...
dah terbayang macam-macam dah nak beli... (walaupun tak ada kerja lagi...)

Agaknya... si Dia aku tu, mesti tengah bantai main PS 2, waktu ni... (sedang sibuk merancang membeli PS3 dan Xbox)...


~credited to nuon-dome
Aku sendiri tengah gian  main The sims 3... macam-macam game lagilah aku gian main... aku nak kena melwat syurga game jap lagi...
Terima kasihlah Novitachu... semoga anda mengupload lebih banyak lagi game yang best!
Banyak aku nak citer tapi...
aku kena stop for now...
Nak restlah...
Mata dah tak boleh blah dah ni...


~credited to epicurienne

Adios!

Thursday, September 1, 2011

Bukit Kepong kat Astro Citra...

Ni bukan kali pertama aku tengok cite bukit kepong tu...
Time sekolah dulu pun aku ada kena study sastera bukit kepong...

sedih sangat bile tengok pihak polis tu berperang nak tegakkan balai tu...
Kesian bila tengok semua orang berhempas pulas...

Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku kat tempat mereka ketika itu...
berhadapan dengan maut...
melihat orang yang kita sayang atau ahli keluarga kita maut depan mata...

Nak baca lebih lanjut, baca kat sini... http://tranquility-hati.blogspot.com/2010/11/bukit-kepong-adalah-sebuah-kampung.html

Apapun...
Kerana merekalah, hari ini aku dapat kemerdekaan...
Semoga dengan hari yang mulia ni, roh-roh mereka di berkati rahmat Allah...

Kredit to tranquility hati~

Thursday, March 3, 2011

Parut di hati...

Banyak benda yang boleh mendatangkan parut di hati...



Macam-macam perkara boleh berlaku dan terjadi menyebabkan hati boleh terluka...

Antaranya...

-Bergaduh dengan orang yang kita sayang...
-Kawan lupa hari jadi kita...
-Tak dapat apa yang sangat-sangat di inginkan...

Tapi setiap orang pun ada lagi alasan-alasan lain yang aku rasa tak perlu aku senaraikan di sini...
aku sendiri pun ada banyak benda yang boleh meninggalkan parut dalam hati...

Namun... dalam banyak-banyak parut, parut yang paling terkesan sekali dalam hati setiap manusia cuma satu parut je yang mampu diingati dengan jelas oleh seseorang tu....

Semalam aku berborak dengan seorang best chum ever aku...
Dia menangis kerana cintanya sangat complicated...



Memang complicated pun kisah dia...
Ada option tapi option untuk dia semuanya nampak sangat kesian untuk pihak dia...

Dia bercinta dengan seseorang ni...
Lama dulu, masa dia berada di sebuah pusat matrikulasi...
Katakanlah dia aku bagi nama sebagai Cik Q, pakwe dia tu aku namakan sebagai En. T.
Mereka asal dari tempat yang sama, kawan sama sekolah...



Namun masa berlalu, En.T rasa dirinya sangat tak layak untuk Cik Q, hubungan mereka tak berapa baik kerana taraf level pendidikan En.T dan Cik Q membuatkan En.T rasa sangat rendah diri...

Maka, semakin lama semakin pudar hubungan mereka...
Dalam pada masa yang sama... Cik Q bertemu cinta dengan seseorang yang aku namakan sebagai En.J...

Namun Jodoh tak menyebelahi mereka, En.J menngkhianati cinta antara mereka dengan memeberikan alasan bahawa keluarganya tak menyukai hubungan cinta yang mempunyai jarak umur antara lelaki dan perempuan dengan kata lain perempuan yang di restui oleh keluarga En.J mestilah muda dari En.J, walaupun hanya tua seseorang perempuan itu sebulan, ianya masih terlarang bagi keluarga En.J (logik kew alasan ni???????)



Setelah itu Cik Q membujang selama hampir 2 tahun...

Namun semasa Cik Q di tahun akhir, En. T datang semula dalam hidup Cik Q, namun setelah di fikirkan sebaiknya Cik Q menolak kehadiran En.T kerana dia takut dia hanya mengasihani En.T...

Beberapa bulan sebelum bergraduat, Cik Q terima berita En.T telah berkahwin dengan seseorang yang memang lansung tak di kenali oleh Cik Q...

Setelah 4 tahun berhempas pulas di U, Cik Q pun selamatlah bergraduat...
Dia bekerja di sebuah syarikat swasta kemillikkan cina...


Sejak itu. aku sendiri tak tahu perkembangan Cik Q sangat memandangkan aku sendiri... thehehe....

Namun sehinggalah satu hari yang aku dah tak ingat,
Cik Q menyatakan bahawa dia bertemu semual dengan En.T...

Perasaan En.T masih terlalu dalam untuk Cik Q... Cik Q akui yang dia masih ada sedikit perasaan terhadap En.T, namun dia sedar En.T sudah beristeri...

Mereka berkawan rapat... bagi Cik Q, dia tidak meletakkan apa-apa harapan...
Yelah...

Aku yang dengar pun rasa sedih...
sebab Cik Q tak mahu di madukan dan dalam masa yang sama dia tidak mahu En.T bercerai dengan isterinya...

 


Maka...
Mereka sama-sama berdoa... dengan ketentuan Allah sahaja yang menjadi penentu nasib mereka...

Apapun aku doakan Cik Q sentiasa bahagia... kerana... Itu sahaja yang mampu aku lakukan...
Aku jarang bertukar info dengan Cik Q kerana kami masing-masing sednag pening kepala dengan kerja dan masalah sendiri yang lain..

Aku sendiri sedang sibuk nak kumpul duit...



Adik aku akan berkahwin dalam bulan 7 tahun ni...
Tapi tak tahulah jadi ke tak...
Berkemungkinan besar aku pun macam bulan 7 tapi tak bincang apa pun lagi...
Cuma ayah aku dah cakap macam tu je, dia kata buat bulan 7...

~credit to adlankhalidi.com~
Aku nervous.....

Monday, January 3, 2011

Aku punya berat badan naik 1 KG!!!!!!

Ni benda yang paling sukar di terima oleh diriku!
Berat aku naik 1 KG!
NOoooooooooooooooooo..........................

Aku kena berdiet...
En Senaman, silalah beri tunjuk ajar....
Puan Diet, silalah bantu saya...



Mungkin aku over bahagia sangat kot...
walaupun dalam kemelut memelut ni...
wuuuuuu.....



~zamiy hisana~

Food poisoning yang menyakitkan hati!

Aku tak ingat la kalau-kalau aku pernah kena penyakit ni dolu-dolu...
Aku tak sangka, nasik minyak yang mak aku bekalkan dengan penuh kasih sayang tu...
Menjadi punca aku terkena penyakit ni...

Aku terpaksa MC lepas terkena penyakit berbahaya ni... (haha... tak leh blah....)
Pagi tu aku ingat lagi, aku terus melajukan diri ke toilet sebb dah tak tahan nak muntah...
Habis jugalah sepanjang koridor nak ke toilet tu kena penangan nasik minyak aku tu...
Hahaha....

Aku bukan apa, dah lama da pun terkena penyakit tu...
tetiba teringat plak sebb aku bukak balik file lama gambo-gambo aku...

Ternampak gambo nostalgik skit...
Banyak benda yang aku tak sempat nak posting masa tahun lepas (2010...)


Ni sup ayam yang aku makan, Master belikan untuk aku...




Air malt yang aku minum sebagai alas perut...



Ni air jambu yang aku order masa sakit... aku dah pesan dengan kakak tu jangan bubuh asam boi, dia p letak gak asam boi tu...



Ni ubat yang aku dapat dari pusat kesihatan...


Simptom2nya aku dah rasa dah selepas beberapa jam makan nasik tu..
Lepas muntah tu aku rasa lega dan bersiap nk ke ofis, tapi masa tu la...
gejala 'cherry berry' menyerang aku...

heee...... aku mengulang ke toilet je kejenya...

~zamiy hisana~

Aku dan tahun baru...

Tahun 2011 akhirnya datang...
Aku tidur sepanjang cuti 3 hari minggu lepas...
Berehat~

Kepala pening dengan macam-macam masalah politik (kat office aku)...
Biasalah... dah ke hujung tahun gini...

Aku rasa letih dengan politik ni, naik meluat dah...
Kadang-kadang aku pun tak faham, samada mentaliti sesetengah individu ataupun memang mentaliti orang 'melayu' itu sendiri...

Bukan aku nak mengata apa pun...
Aku sendiri orang melayu...

Aku puas perhatikan,
Orang melayu, pantang duit banyak sikit, mula la dia tukar kereta mahal sikit...
Orang kata pantang ada duit sikit...
Nak kata lebih, aku sendiri pun orang melayu...
Dan mungkin juga aku bukan melayu yang kaya, aku tak dapat memahami orang-orang melayu yang kaya ni...

Cina kaya tinggal dekat belakang kawasan rumah aku pakai suar katok dengan singlet koyak je...
Haha...
Pape pun memang sempoi giler apek tu...
Aku selalu tengok dia time aku teringin nak beli pisang goreng...

Entahlah...
Memang duit ni benda paling hot sekali abad ni...



Zaman ni, zaman duit...
Semua benda kena guna duit,
Nak kencing pun kena bayar 20 sen...

Kerana duit, bapak pun boleh bunuh anak...
Duit memang menakutkan...
Teringat pulak aku kepada Jjing Jjing aku yang kini berada di Penang...

"Money is scary..."




Maksudnya di sini bukanlah Money yang penakut... tapi Money yang memang menakutkan...
Kalau nak compare bertapa pentingnya dadah kepada penagih dadah, rasanya duit lagi penting kot pada mereka...

Duit memang satu benda yang semua kena jaga dengan baik...
Atur dan buat list dengan baik supaya tak di bazirkan...

Aku mengaku yang aku memang boros tak hengat...
Bak kata sorang member aku pada aku,
"mentang-mentang lah mak ayah dia tanggung dia, dia bolehlah nak enjoy ari-ari... cube duk kat tempt orang yang bergantng pada diri sendiri..."

tersedak gak aku dengar... dan tersedaknya tu sampai arini aku rasakan...

Mungkin itu yang di katakan, cinta duit jugalah yang berkuasa berbanding dengan cinta manusia...
Boleh gile manusia ni kalau tak de duit...
Heeee....
Aku pun boleh naik hantu kot kalau duit takde...
Misalnya duit gaji masuk lambat ke...
Hahaha....

Aku bersyukur sebab aku setakat ni tak pernah lagi lah mati tak makan walaupun duit aku kempis je sampai hujung bulan... (konon-konon nak survive tak nak minta duit parents la konon...)

Apapun... semua ni rezeki yang datang dari Allah...
Allah yang beri semua tu, dan Dia berhak menarik balik kalau umatnya tak reti-reti nak bersyukur...

 Aku dah start buat list need and not need... heeee... (musti semua org yang kenal aku terkejut dengan statement aku ni...) Haha...

~zamiy hisana~