Pages

My sweet Surrender

Monday, October 31, 2011

Korban Dia pada Raya Korban ni...

Dia...
Sangat biasa...
Sangat pemalu dengan orang yang baru dia kenal...
Sangat suka dengan perempuan yang pakai selipar...
Sangat suka dengan perempuan yang berterus-terang...
Sangat suka memasak untuk orang yang dia sayang...

Sape lagi...
Dia kali ini mestilah dia yang aku sayang...
Selain keluarga aku, kawan-kawan rapat, dia adalah antara orang yang aku sayang juga...

Raya korban nak dekat dah...
Nak tak nak, persiapan raya sikit-sikit mestilah ada kan...

Aku tiap-tiap hari jumpa dia sebelum ni...
Sejak harini... sampai 2 bulan nanti... mungkin aku tak dapat nak jumpa dia lansung...
Dia kata, "Terpaksalah By berkorban..."
Bukan apa... nak kahwin cepatlah katakan...
Dia baru nak try amik satu lagi kerja part-time.
Sekarang jer dia dah buat 3 kerja...

Dia tak cukup rehat...
Dia tak cukup tidur...
Dia makan pun tak menentu...

Apa nak buat...
Mak dan ayah aku bukannya faham...
Tahu nak minta hantaran melambung-lambung...
Nak berlumba-lumba dengan orang lain...
Bukan apa, dia dengar kawan baik aku nak kahwin hantaran macam tu...
dia pun sama lah, tak nak kalah...

Bak kata sepupu aku,
"Tak pe... mak tak terbuka lagi fikiran dia... sabar yer..."

Aku tak marah mak aku pun...
cuma...
Terkilan jer...

Paro pun ada cakap...
"Tak payah mahal-mahal... menyusahkan aja..."
Yelah...
"Perempuan yang baik dengan mahar perkahwinan yang rendah... adalah lebih baik..."
Ni bukan fakta aku reka-reka sendiri...
Ni aku pernah dengar banyak ustaz cakap...

Aku ikhlas... (InsyaAllah...)
Tak pandang duit... aku pandang hati dia...
Dia baik...
Tak kiralah...
Walaupun jarak perbezaan pelajaran antara aku dengan dia 3 level....
Aku tak pasti...
Kalau lepas ni, kalau bukan dengan dia...
Mungkin ke aku akan jumpa dengan lelaki macam dia lagi?

Sedangkan ex-tunang dia... (yang aku paling benci tu...) tengah menggila mencari dia saat ini...
Keluarga ex-tunang dia nak sangat dia jadi menantu...
Tapi nak buat macam mana...
Dia pun ada kekurangan...

Kekurangan dia...
Dia tak akan berpatah balik bila dah buat keputusan nekad...
Dia kalau suka seseorang, yang sorang tu je sampai nak separuh mati suka... bila habis, biar sakit pun macam nak mati...
Entahlah...

Ada je banyak kali, kami berantakkan...
Tiap-tiap hari kot...
Mungkin sebab level pendidikan tak sama, jadi cara pemikiran pun berbezalah
juga kan...

Tapi... dia memang akan mengalah...
Tak kiralah... kalau dia salah pun...
Dia rajin minta maaf...
Tapi lepas tu...
Dia akan mengomel...
"Macam layan budak 5 tahun..."
Memula dulu, aku pun tension dengar komen sinis macam tu...
Tapi...
Lama-lama... aku rasa sweet...
dia pun lama-lama cakap...
"Tak pe... suka je layan..."

Dia rajin meluahkan isi hati dia, perasaan dia...
Tiap-tiap hari... dia akan cakap...
"By sayang ayang... By cinta ayang..."
Walaupun pada awal-awal dulu, aku rasa sangat GROSS benda tu..
Tapi lama-lama... benda tu buat aku rasa dia sangat penyayang...
Dia boleh dikatakan lelaki yang mempunyai ego tahap terlalu minima...

Tapi ego sebagai lelaki tu memang ada...
Cuma dia bukan ego yang nak menang je...
Atau bila dah salah tak mengaku salah ke...



Kesian dia...
Tak dapatlah nak main PS 2 lagi...
Dah tambah kerja satu lagi...
Dia lelaki yang sangat aku mahu untuk jadikan suami...
Sangat suka...
Haha... (Euww.... nampaknya aku transform jadi orang lain dah ni...)

Walaupun aku jarang cakap... (boleh dikatakan hampir tak pernah cakap...)
Yang aku sayang dan cinta kat dia...
Tapi jauh dalam sudut hati aku ni...
Aku sangat sayang dia...
Aku sangat cinta dia... (Oh My God! Apa yang aku buat ni!)
(Kalau dia baca blog aku ni... mesti dia pegsan tak caya... pada member-member aku yang mengenali diri ini, sila ignore atau... tolong jangan baca entry ini...)

3 November 2011... Genap setahun kami berpacaran... (Ergh....)
Ingatkan sabtu ni... dapatlah jumpa dia...
Tapi dia kata dia tak dapat jumpa... selama 2 bulan sejak dari esok....
So... nampaknya.... kami tak akan meraikan hari bersejarah tu...


~Credited to Israpreneur
Dia sweet sebab dia tak pernah lupa tarikh pertama kali kami bertemu...
Pertama kali kami mula ada hubungan istimewa...
Pertama kali... kami tekad mahu mendirikan Masjid...
(Aku sendiri lupa kadang-kadang...)

Tiap-tiap bulan pun dia akan wish happy ulang tahun... contohnya yang ke 11 bulan, pada 3 october aritu, dan juga pada bulan-bulan sebelumnya...
Sweet...
Kalau dia ada duit lebey...
Dia belanja makan Chocolate Indulgence yang sangat Yummy! made of Secret Recipe...


Apapun...
Aku ada gak prepare hadiah istimewa kat dia..
Ingat nak bagi by-hand sabtu ni...
tapi macam kena pos je ni...
Tak siap lagi pun...




Tapi ni lah... ghupenya nanti... hehe...
Hasil tangan aku ni...  (Beselah.... aku memang minat buat-buat kad gini...)
Tak pelah...
Dia selalu tanya aku... samada aku sayang dia ke tak...
Aku mestilah jawab...
"Tak..."
Dia selalu buat muka sedey dan merajuk dia...
Tapi 2-3 minit pastu... dia ketawa dan senyum cakap,
"Tak pelah... Ayang tak sayang by pun tak pe... asalkan By sayang ayang.."

Dia... lelaki yang aku mahu jadikan suami tika dan saat ini...

Terima kasih By... For Everything... For Being the Best in My Life... Alhamdulillah...


~Zamiy Hisana~

4 comments:

Che Cha said...

Memang Lama gile kot ko x blog kan ? :D hehe

Btw aku doakan supaya mak dan ayah ko terbuka pintu hati untuk buat majlis nikah simple2 dan sederhana. Hantaran tu tak perlu banyak sangat.

Dapat buat yang wajib dan sedikit kenduri tu penting.

Semoga ko menjadi isteri solehah dan semoga si dia dapat jadi Imam untuk diri ko dan bakal keluarga ko nanti. ;)

Btw untuk kerja tu, cuba ko check company yang distribute Kapsul Biji Aprikot Afdhal, dia area sg buloh dah dkt subang la kan. cuba cek

Anonymous said...

Thank u very much auz! Thank u for ur support...

Aku akan invite kau and friends yang lain nanti masa majlis, InsyaAllah kalau tak ada aral melintang...

Okay... aku akan try cek company tu. tQ very much anyway!

Che Cha said...

btw Zam, tahun ni jangan kahwin lagi, penohhhh dah orang lain book kawen. ! ;p hahaha

tahun depan okey. =p january xde orang kawen lagi. hehe

Unknown said...

sabar zam..kita serupa :(