Pages

My sweet Surrender

Thursday, March 3, 2011

Parut di hati...

Banyak benda yang boleh mendatangkan parut di hati...



Macam-macam perkara boleh berlaku dan terjadi menyebabkan hati boleh terluka...

Antaranya...

-Bergaduh dengan orang yang kita sayang...
-Kawan lupa hari jadi kita...
-Tak dapat apa yang sangat-sangat di inginkan...

Tapi setiap orang pun ada lagi alasan-alasan lain yang aku rasa tak perlu aku senaraikan di sini...
aku sendiri pun ada banyak benda yang boleh meninggalkan parut dalam hati...

Namun... dalam banyak-banyak parut, parut yang paling terkesan sekali dalam hati setiap manusia cuma satu parut je yang mampu diingati dengan jelas oleh seseorang tu....

Semalam aku berborak dengan seorang best chum ever aku...
Dia menangis kerana cintanya sangat complicated...



Memang complicated pun kisah dia...
Ada option tapi option untuk dia semuanya nampak sangat kesian untuk pihak dia...

Dia bercinta dengan seseorang ni...
Lama dulu, masa dia berada di sebuah pusat matrikulasi...
Katakanlah dia aku bagi nama sebagai Cik Q, pakwe dia tu aku namakan sebagai En. T.
Mereka asal dari tempat yang sama, kawan sama sekolah...



Namun masa berlalu, En.T rasa dirinya sangat tak layak untuk Cik Q, hubungan mereka tak berapa baik kerana taraf level pendidikan En.T dan Cik Q membuatkan En.T rasa sangat rendah diri...

Maka, semakin lama semakin pudar hubungan mereka...
Dalam pada masa yang sama... Cik Q bertemu cinta dengan seseorang yang aku namakan sebagai En.J...

Namun Jodoh tak menyebelahi mereka, En.J menngkhianati cinta antara mereka dengan memeberikan alasan bahawa keluarganya tak menyukai hubungan cinta yang mempunyai jarak umur antara lelaki dan perempuan dengan kata lain perempuan yang di restui oleh keluarga En.J mestilah muda dari En.J, walaupun hanya tua seseorang perempuan itu sebulan, ianya masih terlarang bagi keluarga En.J (logik kew alasan ni???????)



Setelah itu Cik Q membujang selama hampir 2 tahun...

Namun semasa Cik Q di tahun akhir, En. T datang semula dalam hidup Cik Q, namun setelah di fikirkan sebaiknya Cik Q menolak kehadiran En.T kerana dia takut dia hanya mengasihani En.T...

Beberapa bulan sebelum bergraduat, Cik Q terima berita En.T telah berkahwin dengan seseorang yang memang lansung tak di kenali oleh Cik Q...

Setelah 4 tahun berhempas pulas di U, Cik Q pun selamatlah bergraduat...
Dia bekerja di sebuah syarikat swasta kemillikkan cina...


Sejak itu. aku sendiri tak tahu perkembangan Cik Q sangat memandangkan aku sendiri... thehehe....

Namun sehinggalah satu hari yang aku dah tak ingat,
Cik Q menyatakan bahawa dia bertemu semual dengan En.T...

Perasaan En.T masih terlalu dalam untuk Cik Q... Cik Q akui yang dia masih ada sedikit perasaan terhadap En.T, namun dia sedar En.T sudah beristeri...

Mereka berkawan rapat... bagi Cik Q, dia tidak meletakkan apa-apa harapan...
Yelah...

Aku yang dengar pun rasa sedih...
sebab Cik Q tak mahu di madukan dan dalam masa yang sama dia tidak mahu En.T bercerai dengan isterinya...

 


Maka...
Mereka sama-sama berdoa... dengan ketentuan Allah sahaja yang menjadi penentu nasib mereka...

Apapun aku doakan Cik Q sentiasa bahagia... kerana... Itu sahaja yang mampu aku lakukan...
Aku jarang bertukar info dengan Cik Q kerana kami masing-masing sednag pening kepala dengan kerja dan masalah sendiri yang lain..

Aku sendiri sedang sibuk nak kumpul duit...



Adik aku akan berkahwin dalam bulan 7 tahun ni...
Tapi tak tahulah jadi ke tak...
Berkemungkinan besar aku pun macam bulan 7 tapi tak bincang apa pun lagi...
Cuma ayah aku dah cakap macam tu je, dia kata buat bulan 7...

~credit to adlankhalidi.com~
Aku nervous.....

1 comment:

Che Cha said...

itulah, kesian Cik Q. aku doakan cik Q ditemukan jodoh dengan orang yang baik-baik. =)

ko kawen jempot ok! sepi je skrg. hehe