Pages

My sweet Surrender

Tuesday, June 12, 2012

Oh Man... Bali... Part 1

Aku pun tak tahu apa reaksi sebenar aku kat sana...

Aku pergi bekerja di luar kawasan kat sana (dengan kata lain 'outstation'), bukan melancong.

Mungkin ada lah satu hari tu je buat day trip. Aku sampai on 1st March 2012, dengan penerbangan MAS, MH851. Masa berlepas aku dari KLIA 12.25pm. Cuaca ok je masa aku berlepas tu.

Inilah...
Penerbangan pertama dalam life aku setakat ni...
Walaupun rumah aku kat area Airport subang, atau sekarang di kenali sebagai SKY PARK...
Dulu aku selalu tengok je kapal terbang dari beranda rumah aku...
View memang fantastik habislah, sebab rumah aku atas bukit, pastu matahari terbenam depan rumah, sambil tu lak lalu kapal terbang nak mendarat kat situ...

Perghhh.... Nostalgia sangat...

Inilah pertama kali aku menjejakkan kai ke bumi Allah yang lain selain MALAYSIA..
Tu la, dulu ada gak simpan cita-cita nak sambung blajar amek medic kat GAJAHMADA...
Tapi...
apakan daya, tak ada rezeki and banyak halangan masa tu. Baru dapat surat untuk amik exam dia, tapi aku tak pergi pun sebab syarat dia yang jadi kekangan pada aku masa tu.

Memang rezeki aku, dapat duduk tepi tingkap masa flight tu, 16 A lak tu seat aku...
Favourite snagt!
Masa naik tu, aku rasa biasa je la, macam naik bas, goyang-goyang sikit. Tapi memang aku kagum dengan mesin yang di gelar kapal terbang ni, dengan KUASA ALLAH, besi boleh terbang ke langit, berkaki-kaki tingginya dari tanah, malah boleh naik atas dari awan, tinggi dari burung-burung yang berkepak tu...

Ni flight tiket aku...

Birunya....

Laut hijau kebiruan.. memang tak terkatalah... bertapa cantiknya dunia ni dari atas...

Aku memang habis layanlah pemandangan dari atas ni... (Tapi lama-lama dah tak boleh nak tengok sangat da... sebab awan je semua..)



Tapi sungguh aku cakap... saksikan dengan mata sendiri tak sama bila tengok dalam gambar, perasaan tu lagilah tak sama...

Sampai kat Denpasar Bali, Airport tu, hujan renyai sikit. Aku tak berapa ingat nama encik kapten tu, tapi lebey kurang 'Zaman' gitu lah...

Sampai dalam 3.30ptg macam tu...
Sampai kat lapangan terbang tu tunggu dalam 15 minit macam tu, driver yang bertugas, sampai nak bawa aku and yang lain g kat hotel tempat menginap tu...
Sanur paradise...
Tapi on the way nak pergi kat kereta, aku tengok medan letak kenderaan kat situ...
ada perbezaan budaya sikit, kat sana tempat letak motor penuh sangat dan sangat besar. penduduk kat sana banyak yang menaiki motor.


Sepanjang perjalanan ke hotel pun, aku rasa tak sunyi lansung. Kat sana sepanjang jalan orang akan  'horn' kenderaan mereka bila tengok ada kenderaan lain yang lalai atau ganggu laluan mereka. Dan mereka tak marah pun, benda tu nampak macam biasa je, macam nampak alert gitu. Tapi kalau kat Malaysia, memang kena maki hamun la kalau bunyikan horn. Lagi-lagi orang yang menghor tu nampak macam warning.

Dekat satu jam macm tu sampai hotel sanur.



 Pemandangan dari beranda laluan nak ke bilik...


Sampai je kat sana, diaorang hidangkan tetamu dengan air kat atas ni. Rasa dia macam air zesta tak ber-gas. Hehe... sedap gak lah...
Pot-pet2 kat kaunter sikit, kitaorang pun naik check in kat bilik. Aku sebilik dengan QA aku... QC duk sebilik dengan PA bos @ anak bos aku.


Ni lah bilik tidur kitaorang. Selesa lah juga, cuma dalam hari-hari seterusnya toilet dia buat hal sikit. Pencahayaan dan pengudaraan ok je. Hari-hari ada orang buat room service, semua tuala pun dia ganti yang baru.

Petang tu aku spend masa berborak je dengan QA aku kat bilik. Dalam dekat kul 8.00 malam macam tu, kitaorang g makan... memang sadis lah masa ni... agak sukar nak cari restoran makanan halal kat sana...


Ni restoran CASA LUNA yang agak terkenal kesedapnnya... tapi, ni mungkin tak sesuai untuk org islam kot... Hehe...
 Ni antara menu casaluna...



Ni salah satu menu restoran lain...

Untuk pengetahuan orang yang belum tahu, kat sana terkenal dengan 'Babi Guling'.. macam kat sini pisang goreng gitu, hehe...

At last, makan kat Legong. Tengok-tengok tarian semua, tapi MAHAL sketlah makanan kat situ, sebab makanan halal kat sana memang mahal... wallahualam, setakat mana halalnya, aku tak berani nak kata. bak kata pelayan tetamu tu, halal... Maka... tu lah dia... Hanya Allah yang tahu...

 ni buku menu kat sini...

Ni penari kat sini... tak sure bape umor...

Ni antara makanan malam tu yang kitaorang bedal kat sini, aku punya gambar makanan gelap jadi tak dapat masukkan kat sini...





Memang hebat makanannya, tapi masa balik tu, kitaorang jalan kaki ke hotel sanur paradise selama hampir 1 jam gitu... pergh...

Bos aku nak exercise, dia memang juara jalan kaki (nampak je buncit), memang aku kagum dengan dia.. tapi ok lah, even penat pun, dapat tengok secara close-up macam-macam benda kat situ... hehe..


Jadi... baki 3 hari lagi akan menyusul...

~Zamiy Hisana~

No comments: