Pages

My sweet Surrender

Tuesday, May 4, 2010

Fantasia bulan Mei...

Aku tak tahu nak cakap pe... macam-macam dalam kepala aku...
dalam hati lagi lah....

Mungkin aku terlalu sayang, mungkin juga dah tak sanggup...
tapi akhirnya, walauapapun, hari itu akan tetap tiba... dan ianya telah pun berlalu...
tapi, mana mungkin semuanya berakhir macam tu je kan, kaki aku still lagi ke tempat tu... tempat yang memberi aku seribu satu kenangan...

mungkin tak de apa special event pun berlaku dalam hidup aku masa aku kat tempat tu, tapi, yang penting banyak benda yang datang dan pergi, lalu dan singgah, ukir dan padam dalam kamus hidup aku ni...

tak de apapun yang beza sepanjang aku ada kat tempat tu, aku still tidur dengan menutup kedua kelopak mata aku, aku still menangis kuar air mata biasa lagi..


~credit to dreamtimes.com

berjalan pun, alhamdulillah masih guna kaki... lagi... aku masih lagi berlari, tak terbang pun walau pada fantasinya aku dah terbang...

macam-macam jenis manusia dan kerenah aku jumpa, berbagai bentuk kenangan duk terbentang kat dalam kepala aku, bermacam picture duk ada kat slide show biji mata aku ni, picture yang sempat aku capture bersama-sama dengan mereka-mereka yang aku gelar kawan...

mungkin tak de lah hebat mana apa yang aku lalui sepanjang kat tempat tu, xlayak pun nak di bukukan kisah aku ni... tapi, kalau untuk aku, oklah kot untuk novel hidup aku sendiri... setiap yang berlaku yang aku lalui memang mengajar aku, aku memang percaya pada kata-kata, "cikgu yang paling bagus sekali dalam dunia ini adalah pengalaman..."

Tempat tu....



At least, aku kenal dengan cikgu ni, n aku yakin aku akan jumpa cikgu ni sepanjang hidup aku, di fasa-fasa yang lain... setiap cikgu ajar benda benda yang lain-lain subjeknya... tapi, suka tak suka, mahu tak mahu, subjeknya sumenya wajib, salah kau jawab kau confirm end-up menangis... sama ada dalam hati atau pun memang terang lagi bersuluh... bile kau betul... kaulah manusia paling bahagia sekali kat muka bumi ni.. tak de orang yang sebahagia kau... masa tu lah kau rasa kau orang paling di berkati Tuhan kerana di kurniakan petunjuk yang benar...


~credit to smartcanucks.ca

tulah... masing-masing punya bahagian... masing-masing hadaplah... lauk masing-masing, sendiri yang masak, sendiri yang buat resipi... sendiri lah makan.. lauk aku sejak akhir-akhir ni tak sedap, hangus jer... memang tak sedap... aku sendiri tengah nak fikir resipi baru untuk memeriahkan lagi lauk -pauk aku... nak kena praktis supaya aku boleh dapat resipi yang terbaik untuk aku guna sepanjang hayat aku pas ni...

Mei... the beginning of the end story.... haha.... aku je kot yang paham benda ni??? kot??? sape yang baca kot terfaham, memang aku tabik lah dia sebab faham bahasa aku ni... sape yang kot2 paham bahasa aku ni, boleh paham dah kot sape aku sebenarnya... haha... "Siapa... aku sebenarnya padamu... mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu tu..." ~ abang faizal~  macam jiran sebelah rumah aku je aku panggil dia abang faizal... hakhak!


~lagu dia y selamat malam tu dh jadi igauan aku dh...

~zamiy hisana~

No comments: