Hmmm… selalu kalau resepi cookies je mesti macam rumit and banyak betul bahan nak guna…
Tapi ni, resepi cookies yang paling simple yang aku pernah
belajar…
Memang sesuai sangat dengan orang macam aku yang memang tak
berapa nak reti sangat buat kuih-kuih macam ni… haha…
Dari my best ever chum! Eiki-Chan!!!
Heee… tak susah pun… tapi, cookies ni manis sikit dari
biasa, and perlu sejuk baru sedap di makan…
Semua orang pun boleh cuba… Bahan-bahan pun tak delah
terlalu costly sangat…
Okie… Ni bahan-bahannya…
(sila abaikan segala getah and sampah yang kelihatan dlam pic ni...)
Biskut Merie (Sepaket) ~ dalam RM5
Susu Pekat Manis (1 Tin) ~ dalam RM3
Quaker Oat (Sepaket) ~ RM5
Milo ( Sepaket) ~ RM5
Harga barang-barang ni aku dah round up, harga asal lebih
murah beberapa sen dari harga round up ni. Actually tak semuanya habis di
gunakan, macam Oat, guna sikit je. Kalau ada baki-baki yang korang simpan
bolehlah guna. Milo pun aku beli yang paket kecil punya. Cara-cara nak buatnya,
Pecah-pecahkan biskut, ramaslah biskut tu. Jangan jadi macam
serbuk. Agak-agaklah…
Kemudian campurkan semua bahan-bahan tu ikut suka. Tapi aku
nasihatkan masukkan sikit-sikit dulu bahan tu sebab nak dapatkan adunan yang
terbaik.
Macam ni, masih lebih lagi. Kalau lembik sangat, nanti susah
nak bentukkan dia..
Aku buat sampai dia jadi agak keras sikit…
Ni masih lembik...
Ni dia da keras sikit...
Kemudian aku bentukkan dengan tangan jadi ketul-ketul kecik
dan kemudian golekkan atas Oat. Siap, masukkan dalam Fridge…
Try la dulu… baru tahu sedap ke tak… Bagi aku, boleh terima
rasa dia… Kalau orang lain, I don’t know….
Termasuklah hubby aku, dia sampai harini belum cuba lagi
biskut ni… dia memang gila coklat tapi yang ni dia belum termakan lagi. Haha…
without any reason…
Tapi ibu and ayah aku dah makan and happy sebab ibu aku
memang suka… dia kata ~~sedap~~ heeee…
Actually, kalau ada idea sendiri, boleh je campur pape yang
lain kalau nak lagi sedap… contohnya campurkan badan ke, or kekacang, tapi
memang kena goreng kering dululah bahan-bahan kekacang tu…
Tak nak letak oat, boleh letak color rice tu, yang warna
warni untuk coating…
Well… selamat mencuba!
~Zamiy Hisana~
No comments:
Post a Comment