Pages

My sweet Surrender

Sunday, January 24, 2010

Kesayanganku sepanjang HAYAT...

Aku pun tak tahu sejak bila aku start jadi gini...
Yang penting aku rasa sangat bahagia dengan diri aku yang sekarang ni...
Apa yang aku suka ni, tak buat aku konfius pape pun...

"Kalau aku jumpa anak kucing and anak orang kat tepi jalan raya, aku akan amik anak kucing tu daripada amik anak orang tu..." aku selalu cakap macam ni kat sesiapa je lah yang tanya aku... semua akan start maki hamun dan sumpah seranah aku dalam hati...
Tapi sebelum diaorang sumpah seranah aku, aku tak rasa diaorang pikir apa yang ada dalam otak aku yang seberat beberapa gram ni...
Faham ke diaorang dengan perasaan aku yang tercetus di hati aku yang keluarkan jus hempedu yang lebih kurang warna hijau tu... tu lah... dunia ni Allah jadikan 'Balance'... aku salah satu antara makhluk dia yang balance tu... bersyukurlah orang macam aku ni di lahirkan di dunia ni... takde aku dan orang-orang lain macam aku kat dunia ni, alamatnya dunia ni akan jadi tempat 'wild life' rasanya...

Lama juga aku nak bagi jawapan macam tu, mesti kena ada momentum gak nak kuarkan statement yang sesuai dengan jawapan aku... akhirnya aku kuarkan juga statement yang aku rasa paling kuat dan kena dengan teori diri aku ni...


Kakak-baru je mati minggu lepas, sakit...

"Kalau anak orang tu, ada puluh-puluh orang lain lagi yang akan kesian kat dia, ada ratus-ratus lagi orang akan berhenti dan beri belas kasihan kat dia... tapi kalau anak kucing tu, mungkin kena langgar gitu je, tu pun bila dah mati kat tengah jalan, takde siapa pun simpati nak tepikan dia...

AKU MASIH INGAT...

Masa aku zaman sekolah dulu, setiap kali aku nampak kucing mati atas jalan raya, aku mesti menangis... memang melelehlah air masin dari biji mata aku ni... habis kuar antimikrob semula jadi dari mata aku ni...
Aku tak pernah miss alihkan kucing yang mati ke tepi jalan...

AKU MASIH INGAT...

Aku sehabis usaha untuk alihkan sekor kucing hitam yang mati kena langgar, masa tu aku baru balik dari sunway pyramid. rumah pak cik aku seberang sunway tu je... sikit lagi aku nak kena langgar dengan bas...
akhirnya, aku tak dapat nak alihkan mayat tu, punyalah sedihnya dan terlukanya perasaan aku kerana tak berjaya alihkan dia... sampai harini aku teringat benda tu... aku rasa sangat bersalah,
"Aku tak dapat selamatkan nyawanya, malah aku juga tak dapat nak selamatkan mayat dia..." itulah benda yang sentiasa melekat kat fikiran aku... tapi lama-lama aku faham, semuanya kehendak Allah... aku tak mampu... kerana kelemahanku sendiri...


dari kiri, ciku, spike.. spike dah mati, sakit leukimia... (jangan gelak, memang kenyataan pun)

statement yang berapi tak leh blah tu aku bagi kat seorang kawan aku masa tu aku kat matrik N9 lagi... sekarang member aku tu jadi Vet kat UPM... sebelah je dengan fakulti aku... jarang sangat contact, tapi baru-baru ni rajin gak aku kami berhubung...

hati aku ni aku sendiri pun tak faham sangat... janganlah korang semua tipu aku, budget korang faham dengan hati korang sendiri... sebenranya, korang cuma kenal je perasaan korang, tapi bukan faham...

entahlah... aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku cakap ni, tapi masa sekolah dulu aku ramai gak pengikut... semua duk termakan je dengan FALSAMPAH aku ni...

Itu kelebihan aku... nak tahu lagi apa yang aku boleh buat, fahamlah aku kalau korang boleh, sebab setakat ni aku pun tak faham dengan 'roh' aku ni... percaya atau tak, jasad dan roh korang dikawal oleh benda yang berbeza, dan ada satu lagi entiti ketiga yang duduk di perantaraan dua subjek ini...


Fariz- bakal kena sunat tahun ni kot...

aku bukan pakar mental or so whatever, tapi yang aku kenal dengan diri aku, jasad aku dikawal oleh otak aku yang hampir keseluruhannya datang keperluan aku, manakala roh aku dikawal oleh perasaan aku yang datangnya kemahuan aku... entiti yang bergerak tanpa di ketahui itu adalah NAFSU yang memang korang pun tahu, dialah kawan baik dan dialah musuh ketat...


Baby-paling muda sekali, Nell nama sebenar dia, umor baru sebulan 3 minggu... ada dengan aku kat UPM

kesayangan aku tu, datangnya dari roh aku yang mendatangkan kemahuan untuk menyayangi ini... biasanya, perkara yang datang dari sini adalah benda-benda yang selfish... aku sayang kucing, walauapapun... kan selfish ni... huuuu.... dan mungkin aku adalah orang yang rapat dengan roh... setengah orang rapat dengan jasad... hurm... aku tak rasa nak explain lebey-lebey... korang pikirlah plak apa yang korang rasa...


Adik - yang paling aku rindu sekarang ni... dia ada kat rumah aku kat shah alam...

No comments: