Macam-macam jadi dalam hidup aku...
Aku bukan tak nampak atau buat tak nampak...
Aku bukan tak faham atau buat tak faham...
Aku dah sampai pada turning point aku ke?
Tapi... inilah dia yang aku nak katakan...
Aku tak berubah...
Berubah di sini maksudnya hati dan perasaan aku terhadap kawan-kawan dan keluarga...
Cuma... aku telah menambah satu lagi perasaan kepada seseorang...
Aku tahu dan mengerti,
Ramai yang sangat-sangat kecewa dengan pilihan aku...
Mungkin juga semua orang.. sedang menantikan statement aku ni... (ya ke???)
Ya...
Aku sudah jatuh cinta...
Aku sedang di lamun cinta...
Di mana pilihan hati aku ni,
Tak di sukai oleh teman-teman...
Tak di terima oleh ibu dan ayah aku...
Tapi...
Aku sendiri tak tahu macam-mana nak terangkan pada semua...
Mungkin juga... kisah aku dan si dia ini akan sesuatu yang aku dan dia sahaja yang memahaminya...
Aku tahu kenapa dan mengapa dia tak menjadi kegemaran bagi semua orang di sisi aku...
Kenapa aku jatuh cinta pada dia...?
Dia...
Sangat biasa...
Dia seorang lelaki yang biasa, macam lelaki yang ada kat dunia ni...
Dia bukan doktor,
Dia bukan lawyer mahupun engineer...
Dia despatch jer...
Dia belajar pun tak setinggi mana...
biasa je..
Badan dia tak de la tough mana pun, (tapi aku sukee...)
Muka dia boleh tahan la... (bagi aku memang habis Handsome dah~)
Suara dia... sedap juga la telinga mendengar... (Habis romantik la...~)
Kulit dia, lebih putih dari aku la... (Aku jeles...)
Tapi sungguhpun begitu...
Dia rajin bekerja dan tak pernah menyusahkan orang lain...
Dia tak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku ke atas diri dia sebelum ni,
Dia teruskan kehidupan dan Redha..
Dia sedar dengan ketentuan Allah,
Dia sedar diri...
Bukan semua orang je tahu, namun aku dan dia sendiri tahu,
Percintaan kami ni memang dah ala-ala antara 2 darjat dah... (bukan ala-ala da...)
Dia tak pernah terfikir nak memikat aku pun, tak pernah terfikir nak bercinta dengan aku...
Namun...
Memang tak di jangka kerana aku sendiri jatuh cinta pada dia...
Terus-terang aku katakan di sini,
Aku pernah nak jalankan dia dengan Eiki aku sendiri...
Eiki pun agak berkenan dengan dia... termasuklah dia sendiri...
Tapi tu lahkan...
Aku tak de perkataan lain nak katakan melainkan Allah punya ketentuan...
Aku agak keliru juga dengan apa pun aku tak tahu...
Aku tak tahu samada perlukah aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku atau tak,
Sebab...
Aku tak nampak relevennya kenapa aku nak perkenalkan dia dengan kawan-kawan,
Kerana semua tak boleh menerima dia sejak awal lagi...
Sebab itu aku masih berdiam diri..
Simpan je dia.. (haha... buat pekasam...)
Aku tak tahu nak terangkan pada semua macam mana dia...
Bila aku kata dia baik... baik ni kan subjektif dan meluas sangat...
Bila aku kata dia ni jujur... jujur pun terlalu abstrak...
Bila aku kata dia ni setia... setia pun adalah sesuatu yang boleh di manipulasikan...
Entahlah...
Aku cuba kenalkan dia dengan family aku, namun diaorang pun sendiri awal2 dah kata...
"Tak payah... aku tak nak kenal dia..."
Jujur aku katakan, aku sedih dengar kata-kata tu... kenapa tak nak kenal dia dulu...?
Kenapa judges dia macam-macam...?
Tapi... lama-lama ibu dan ayah nampak boleh menerima dia sebab kata ibu,
"Dah itu yang buat kau bahagia, dan kau gembira... asalkan kau gembira sudahlah... ibu kecewa pun tak pe..."
Aku faham.... aku waras masa buat pilihan tu...
Keputusan aku ini memang menyakitkan dan mengecewakan ramai orang dan menghancurkan banyak hati...
Termasuk dia yang sebelum dia... termasuk si dia yang sebelum aku untuk dia...
Maafkan kami...
Tiada apa yang mampu aku katakan setakat ini melainkan kata-kata maaf...
Maaf... kerana kami sudah jatuh cinta...
Aku tahu, banyak yang rela sahaja dengan percintaan kami ini, namun restu dan doa mungkin sangat sedikit yang mengiringi kami... namun aku mohon agar jangan doakan kecelakaan kami berdua...
Kerana, aku yakin, kami bercinta untuk mencari kebahagian walaupun percintaan ini adalah antara dua kufu yang berbeza untuk zaman dan era masa sekarang ni...
Walaupun agak tak leh blah dan mengarut... namun... apa yang aku boleh klasifikasikan percintaan ni setakat ini adalah...
Percintaan terlarang di muka bumi ni...
Aku sendiri tak sangka, November ini... aku sedang bercerita mengenai kisah percintaan terlarang aku sendiri...
yang highlightnya di sini adalah AKU yang bercinta...
Tak pernah sekali pun aku terfikir yang aku akan berhadapan dengan kisah cinta seperti ini...
(bercinta pun tak pernah aku terfikir... haha.. tak leh blah...)
Mungkin keputusan nak berkahwin dalam masa terdekat ni buatkan semua orang naik darah kot...
Haha...
Keluarga dia dapat menerima aku dengan baik... Alhamdulillah...
November 2010 kali ini banyak memberikan dan meninggalkan kesan dalam hidup aku...
Kisah yang aku sendiri tak pernah bayangkan...
Kisah yang tak pernah aku karang...
Skrip yang sebenar bukan seperti yang selalu aku coretkan...
Ceritera yang asli bukan seperti yang selalu aku ilhamkan...
November ini,
Membuka satu lembaran baru untuk aku...
Lembaran yang istimewa bagi aku, namun kekecewaan bagi orang lain...
Kepada mereka yang mengenali dia, terima kasih aku ucapkan... kerana memberikan sokongan..
Terima kasih...
Kepada kawan-kawan aku yang lain, setiap nasihat anda semua jujur dari hati aku menerima dan jadikan ingatan...
Nasihat anda semua membuktikan bertapa aku amat penting (hehe... tak leh blah...) dalam hidup anda... terutama Paro... thanks pal.. walaupun aku tak berdaya nak ucap sendiri dengan mulut aku ni, namun aku tahu kau care and memang aku hargai dan terharu.... (heee.... malu plak...)
Maafkan aku sekali lagi...
Maaf kerana aku telah jatuh cinta... dengan dia...
~Zamiy Hisana~